skguai.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAI
SK GUAI, 28040 TEMERLOH, PAHANG
Tel : 012-6765506, Faks : -
e-mel : skguai@gmail.com,  skguai@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | ENROLMEN PELAJAR |

SEJARAH SEKOLAH


       Sekolah Kebangsaan Guai yang terletak di tepi Sungai Pahang dibangunkan pada bulan Jun 1914. Dikatakan diantara sekolah yang tertua di daerah Temerloh.

       Pada mulanya, hanya terdapat satu bangunan sahaja yang dibina secara gotong royong oleh penduduk tempatan dan kampung sekitarnya. Bangunan yang beratapkan daun dan berdindingkan buluh ini telah diasaskan oleh dua orang tokoh iaitu Penghulu Long (Penghulu daerah Triang) dan ketua Kampung Guai sendiri iaitu Haji Awang Bin Iman Kassim.

       Sekolah ini dikendalikan oleh dua orang guru sahaja termasuk guru besar. Manakala pelajarnya pada masa itu seramai 60 orang. Murid-murid ini, bukan hanya berasal dari Kampung Guai sahaja tetapi juga dari kampung berdekatan seperti Kampung Kerayong, Kuala Triang dan lain-lain.

       Disebabkan muridnya bertambah, dan keadaan sekolahnya semakin uzur, maka pada tahun 1920, satu bangunan baru telah dibina untuk menggantikan bangunan lama. Namun begitu, bangunan ini tidak bertahan lama kerana dihanyutkan oleh banjir pada tahun 1926.

       Pada tahun 1933, tiga bangunan baru telah dibina iaitu: satu bangunan untuk dijadikan sekolah dan dua bangunan lagi sebagai rumah guru.

       Pada tahun 1995, satu bangunan tambahan telah dibina untuk menampung pelajar yang jumlahnya hampir 300 orang. Namun begitu, bangunan ini juga telah dihanyutkan oleh banjir pada tahun 1971.

       Bagi menggantikan bangunan ini, satu bangunan konkrit dua tingkat telah dibina pada tahun 1972 dan bangunan ini kekal hingga ke hari ini.

       Namun jumlah pelajarnya berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk tempatan ke Felda-felda dalam tahun 1970-an. Sehingga kini jumlah murid di SK Guai seramai 90 orang.

       Pada tahun 2007, sekali lagi banjir telah melanda Kampung Guai, tetapi kali ini tidak melibatkan kemusnahan bangunan. Namun begitu, pada tahun 2009, dalam RMK ke-10 telah diluluskan pembinaan bangunan blok tambahan SK Guai. Blok bangunan tambahan itu telah siap dan diserahkan pada 20 September 2010 dan mula digunakan.

       Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: